Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera semua.

Hari ni rasanya nak buat post special ckit untuk bakal2 pelajar Kolej MARA Kuala Nerang nih. Atau pendeknya panggil KMKN. Sebab apa? Sebab aku rasa maklumat pasal KMKN ni sikit ja. Tak banyak sgt. Website dia yang ada pon sekarang dalam proses baik pulih sebab kena godam. (Tak tau lah depa nak godam apa kan). So, tak banyak sgt information gitu. So, sekarang aku as senior setahun (senior lah sgt kan.haha) nak cita ckit pasal KMKN. Aku ni Batch FSc Aust/New Zealand 2013. :)


Ok, first Programs Offered :-

Kat KMKN ni ada 3 main program. Tapi tak tau lah kalau tahun ni berubah kan.
First, Skim Pelajar Cemerlang (SPC) 
Program ni foundation bawah pinjaman MARA. Program ni Program Oversea. Program ni pula terbahagi kepada dua jenis iaitu SPC Aust/NZ dan SPC Julai.

  1. SPC Aust/NZ ni ialah program Fast Trek : Twinning dengan UniKL-Australia/NZ untuk Engineering. Program ni untuk bekas pelajar MRSM yang apply program ni guna result Trial MARA. Selalunya akan masuk study sebelum result SPM keluar lagi iaitu pada bulan Februari. Macam aku dulu masuk pada 3 Februari 2013. :) Foundation setahun saja di KMKN then sambung First Year Degree at UniKL setahun then fly ke Australia / New Zealand. 
  2. SPC Julai plak ialah program lepasan SPM untuk semua pelajar tak kira SBP, MRSM atau pelajar harian. Dalam SPC Julai neh plak ada 4 program iaitu FSc UK ( Twinning dengan UniKL-UK untuk Engineering), FSc VINAYAKA (Twinning dengan UniKL-Vinayaka untuk Medic), FSc RCMP (UniKL untuk Farmasi and Medic) dan satu lagi program baru ada tahun lepas iaitu FSc Business (Twinning dengan UniKL-Australia/NZ). Suma program ni masuk pada bulan Julai iaitu selepas result SPM kluar. Sebab terlalu byk program dalam ni so kami panggil SPC Julai / SPC FBURV.
Subjects :-
  • Engineering - Physics, Chemistry, Mathematics, English, Introduction to Computer, Critical Thinking, Islamic Studies
  • Medic / Farmasi - Biology, Chemistry, Mathematics, English, Introduction to Computer, Critical Thinking 
  • Business : Mathematics, English, Introduction to Computer, Critical Thinking, Ekonomi
So, basically semua program ni akan buat Foundation setahun kat KMKN. Then, semua akan sambung ke UniKL. Tapi UniKL yang mana bergantung kepada program masing2. Macam aku FSc Aust/NZ so UniKL yang bakal disambung sama ada UniKL MFI, UniKL MICET dan UniKL BMI. And lagi satu program SPC ni lah paling kurang bilangan pelajar dalam seratus lebih kalau tak silap aku. 

Second, Skim Pelajar Terbuka (SPT) 
- program foundation bawah pinjaman MARA jugak. Tapi program yang Program Local tapi boleh ja apply untuk fly kalau result elok. Subjects sama ja dengan SPC. Program ni masuk pada bulan Mei. Sama jugak macam SPC, lepas habis setahun foundation kat KMKN akan sambung kat UniKL. Tapi pilihan UniKL untuk SPT lagi luas daripada SPC. Bilangan pelajar dalam 200 lebih.

Third, Matrikulasi KPM
- Ni program Matriks KPM untuk bidang Accountacy sahaja. Masuk KMKN pada bulan Jun kalau tak silap. Bilangan pelajar dalam 200 lebih jugak. 

Accommodation dan semua lah

Ok cakap pasal asrama, makan and semua cara hidup kat KMKN ni macam kat  asrama sekolah menengah dulu. Macam aku dulu MRSM so terasa sangat macam MRSM. Bukan terasa dah memang macam MRSM lah senang cita. Dari asrama, dewan makan dan lain2 lagi.haha. Asrama ada 5 blok. 3 blok putera - Blok Ikhlas, Iltizam dan Iman dan 2 blok puteri - Blok Insaniah dan Ikhsan. Selalunya program SPC putera akan ditempatkan kat blok Ikhlas. Untuk blok Ikhlas, Iman dan Ikhsan, satu bilik 2 orang. Blok Iltizam dan Insaniah plak satu bilik 4 orang sebab blok baru. Bilik boleh tahan selesa lah. Wifi disediakan di PPKK dan PSP. Tapi dengar cita nak buat wifi satu kolej. Tak taw lah bila nak buat tu. Wallahualam..

Lepas tu cakap pasal makan. Jangan risau makanan disediakan oleh MARA dekat Dewan Selera Sri Nerang. 5 kali sehari - breakfast, minum pagi, lunch, dinner and supper. Sebab tu elaun kat KMKN ni sebulan RM100 ja. huhu.. Makanan dia suma sedap2. :) Tapi kalau tak kenyang boleh ja order. Kedai D'Bagus nama dia. Memang bagus sungguh. Nasi dia besar2 semua. Puas makan. :) No fon nanti minta kat senior2 kt KMKN tu. Kedai tu akan hantar order dua sesi - petang pukul 7 dan malam pukul 1.

Padang lengkap semua ada. Gelanggang futsal ada, bola jaring ada, tenis ada, ping pong ada, badminton ada, rugbi ada, basketball ada, sepak takraw ada dan macam2 lagi lah. Tak larat nak taip lagi. Tapi kadang2 tak cukup jgk semua tu sebab pelajar terlalu ramai. Selalunya gelanggang futsal lah yang jadi rebutan pelajar sebab ada dua ja. Tapi pihak pentadbiran kata nak tambah lagi dua gelanggang untuk futsal. Harap2 jadi betoi lah.


Ok seterusnya waktu akademik. Kelas dari Ahad sampai Khamis. Jumaat Sabtu cuti sebab Kedah cuti Jumaat Sabtu. Start kelas pukul 8 pagi sampai 2.30 petang. Rehat pukul 11.00 sampai pukul 11.30 pagi. Kecuali hari Ahad dan Khamis. Ahad start kelas pukul 8.15 pagi - 2.45 petang. Khamis 8.15 pagi - 1.45 petang. Rehat 11.15 - 11.45 pagi.

Pakaian bagi lelaki waktu akademik baju kemeja dengan seluar slack, tie dan kasut hitam. Perempuan baju kurung, tudung dan kasut hitam.Except for non-Muslim tak payah la tudung. Lecturers suma baik2. Kat KMKN, kami still panggil lecturers sebagai cikgu. Lecturers suma caring gila. Sebab tu aku kata macam kat sekolah. Kalau kat U nanti jangan harap nak ada macam ni. haha.. Koperasi atau Koop ada. Koop kat KMKN ni macam kedai runcit sebab boleh dikatakan macam2 ada.

Pasal outing plak. Outing boleh setiap hari tapi gilir lelaki dan perempuan. Contoh, Ahad lelaki, Isnin perempuan, Selasa lelaki, Rabu perempuan dan seterusnya. Start dari lepas balik kelas sampai pukul 7 kalau tak silap. Selalunya kalau outing harian tu pergi outing sekitar pekan Kuala Nerang ja sebab masa yang tak cukup. Kat Kuala Nerang tak dak mall yang macam hampa inginkan. Ada mini market, kedai runcit, bank ja. Tapi kat situ ada KFC. :) So, kalau nak outing jauh boleh outing hari weekend. Kalau nak outing bandar Alor Setar atau orang Kedah kata Loqstaq, bas sampai Pekan Rabu dalam RM3.50 dan teksi dalam RM30. Kalau sampai Shahab Perdana (stesen bas), bas dalam RM4.50. Masa lebih kurang sejam naik bas and teksi tak sampai sejam. Kalau outing Jitra pon lebih kurang macam pergi Alor Setar ja. Owh hampir terlupa. Pakaian outing untuk lelaki casual ja. Setakat pakai seluar jeans biasa ja. Tapi kena berkasut tutup ok. Perempuan aku tak taw macam mana. Dok perhati nampak pakai baju kurung atau jubah ja. Ok ni beberapa pics kat KMKN yang aku nak tunjuk. :)




















emm apa lagi hampa nak taw? emm ratio lelaki perempuan dalam 3 : 1 sebab kebanyakannya course engineering. So, lelaki lah paling ramai. :) Ok sampai sini ja kot. ow btw, kat KMKN ni lah aku start jual topup. Agen topup la katakan. haha.. Untung memang untung ar dah setiap hari orang cari aku nak minta topup. Tapi jual topup ni relax ja x payah fokus sangat. Aku pon buat part time ja. And yang penting orang akan cari kita bukan kita yang kena cari orang. :) Last sekali, kalau rasa post ni bermanfaat kepada orang lain boleh la share. :)  Ok, Bye Assalamualaikum :)
Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera :)

Ok malam ni lepas berkumandangnya azan Maghrib tadi telah masuk lah hari baru dalam kalendar islam iaitu 12 RabiulAwal 1435 Hijrah. Tarikh yang tidak asing lagi daripada pengetahuan kita. Sapa2 yang terlupa tu haa ni la tarikh Nabi dan Rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan dan diwafatkan. Tarikh yang begitu bermakna bagi kita umat Islam. Selalunya kalau kat asrama dulu atau kat sekolah memang setiap tahun ada sambutan maulidur rasul. Ingat lagi Marhaban ramai2 kat surau. Ceramah tentang kelahiran dan kewafatan Rasulullah S.A.W. Sebab apa kita sambut Maulidur Rasul neh? Sebab kita nak mengingati Nabi lah, insan mulia yang diutuskan Allah S.W.T untuk menegakkan agama-NYA kat atas muka bumi neh.

So, sempena Maulid Nabi neh, aku nak kongsi la ckit bacaan selawat dalam bahasa rumi dan terjemahan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. InsyaAllah boleh kita sama2 selawat. :)


Bacaan selawat dalam rumi :


Yaa Nabi Salaam 'alaika
Yaa Rasul Salaam 'alaika
Yaa Habib Salaam 'alaika
Salawaatu'llah 'alaika


Ashraqa'l Badru 'alaina
Fakhtafat Minhu'l Buduru
Mithla Husnika Maa Ra'aina
Qattu Yaa Wajhas-Suroori


Anta Shamsun Anta Badrun
Anta Noorun Fawqa Noori
Anta Ikseerun Wa Ghaali
Anta Misbaahu's-Sudoori


Yaa Habibee Yaa Muhammad
Yaa 'arusa'l Khaafiqayni
Yaa Muayyad Yaa Mumajjad
Yaa Imama'l Qiblataini


Man-Ra'aa Wajhaaka Yas'ad
Yaa Kareem Al-Waalidaini
Hawdhuka's-Saafi'l Mubarrad
Wirdunaa Yawm An Nushoori


'aalim-Us-Sirri Wa Akhfaa
Mustajeeb-Ud-Da'awaati
Rabbi Farhamnaa Jamee'a
Bijamee-'is-Saalihaati

Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2013/01/bacaan-selawat-nabi-dalam-rumi.html#ixzz2qHq2iVKf


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad

صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi


يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu


أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat


أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa


يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat


مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat


مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat


عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh


وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2013/01/bacaan-selawat-nabi-dalam-rumi.html#ixzz2qHs25SVJ


Salutations On You, O Prophet
Salutations On You, O Messenger Of Allah
Salutations On You, O Beloved
Blessings Of... Allah Be Upon You.


A Full Moon Rises Over Us
The Other Moon Disappears
We Never Saw The Like Of Your Beauty
O Face Of Gladness


You Are The Sun, You Are The Moon
You Are Light Upon Lights
You Are Gold And Even More Priceless
You Are The Light Of Hearts


O My Beloved, O Muhammad
O Star Of East And West
O Star Of East And West
O Leader Of Both Qiblats


Whoever Sees Your Face, Gets Happiness
O The Kind One To Both Parents
Your Clear And Cool Fountain
Is Our Goal On The Day Of Reckoning


The Knower Of The Secret And Even More Hidden
One Who Accepts Supplications
O Lord Forgive Us All
For The Sake Of All The Good Deeds




Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2013/01/bacaan-selawat-nabi-dalam-rumi.html#ixzz2qHs9abXr

Tapi kan bukan time Maulid Nabi ja nak igt Nabi. Sentiasalah kita ingat kat baginda seperti mana kita ingat kat Allah S.W.T. Banyak cara boleh kita buat nak ingat kat Nabi neh. Pertama, selawat. Senang ja selawat neh. Tak susah pon. Bukan panjang pon. Bila kita dengar, tulis atau sebut nama Nabi Muhammad S.A.Wganti namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW, so kita selawat lah. Banyak khafiat selawat neh.


«مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ»

“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]


Cara kedua plak nak ingat nabi ialah amalkan sunnah baginda S.A.W. Banyak sunnah nabi yang boleh kita ikut dan amalkan. Ni aku kongsikan sunnah nabi yang aku dapat dari kawan aku.

Seratus Sunnah Nabi Dalam Kehidupan Seharian
1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat
11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23-Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28-Sembahyang Istikharah
29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38-Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53-Berkumur Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66-Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68-Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90-Bersedakah Jariah
91- Membina Masjid
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94-Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit

Semoga dengan ilmu yang aku kongsikan ni dapat bawa diri kita kepada kebaikan dan keredaan Allah S.W.T. InsyaAllah :) ok lah. sampai sini dulu. Bye. Salam Maulidur Rasul 2014 :D

Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera..

Hari ni aku nak berkongsi satu ilmu pasal hukum simpan kuku panjang. Zaman la ni aku dok perhati ramai yang dok simpan kuku panjang. Yang bukan Islam xpalah. Yang Islam neh yang Melayu terutamanya. Aku tak nmpk kebaikan pon simpan kuku panjang neh. Nak kata pesyen dak pon. Bawa kekotoran ada ar. So, yang kuku panjang tu potonglah kuku anda. sekian, wassalam :)








Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home