Maulidur Rasul 12 RabiulAwal 1435 Hijrah - Mari kita selawat :)

Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera :)

Ok malam ni lepas berkumandangnya azan Maghrib tadi telah masuk lah hari baru dalam kalendar islam iaitu 12 RabiulAwal 1435 Hijrah. Tarikh yang tidak asing lagi daripada pengetahuan kita. Sapa2 yang terlupa tu haa ni la tarikh Nabi dan Rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan dan diwafatkan. Tarikh yang begitu bermakna bagi kita umat Islam. Selalunya kalau kat asrama dulu atau kat sekolah memang setiap tahun ada sambutan maulidur rasul. Ingat lagi Marhaban ramai2 kat surau. Ceramah tentang kelahiran dan kewafatan Rasulullah S.A.W. Sebab apa kita sambut Maulidur Rasul neh? Sebab kita nak mengingati Nabi lah, insan mulia yang diutuskan Allah S.W.T untuk menegakkan agama-NYA kat atas muka bumi neh.

So, sempena Maulid Nabi neh, aku nak kongsi la ckit bacaan selawat dalam bahasa rumi dan terjemahan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. InsyaAllah boleh kita sama2 selawat. :)


Bacaan selawat dalam rumi :


Yaa Nabi Salaam 'alaika
Yaa Rasul Salaam 'alaika
Yaa Habib Salaam 'alaika
Salawaatu'llah 'alaika


Ashraqa'l Badru 'alaina
Fakhtafat Minhu'l Buduru
Mithla Husnika Maa Ra'aina
Qattu Yaa Wajhas-Suroori


Anta Shamsun Anta Badrun
Anta Noorun Fawqa Noori
Anta Ikseerun Wa Ghaali
Anta Misbaahu's-Sudoori


Yaa Habibee Yaa Muhammad
Yaa 'arusa'l Khaafiqayni
Yaa Muayyad Yaa Mumajjad
Yaa Imama'l Qiblataini


Man-Ra'aa Wajhaaka Yas'ad
Yaa Kareem Al-Waalidaini
Hawdhuka's-Saafi'l Mubarrad
Wirdunaa Yawm An Nushoori


'aalim-Us-Sirri Wa Akhfaa
Mustajeeb-Ud-Da'awaati
Rabbi Farhamnaa Jamee'a
Bijamee-'is-Saalihaati

Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2013/01/bacaan-selawat-nabi-dalam-rumi.html#ixzz2qHq2iVKf


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad

صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi


يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu


أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat


أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa


يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat


مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat


مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat


عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh


وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2013/01/bacaan-selawat-nabi-dalam-rumi.html#ixzz2qHs25SVJ


Salutations On You, O Prophet
Salutations On You, O Messenger Of Allah
Salutations On You, O Beloved
Blessings Of... Allah Be Upon You.


A Full Moon Rises Over Us
The Other Moon Disappears
We Never Saw The Like Of Your Beauty
O Face Of Gladness


You Are The Sun, You Are The Moon
You Are Light Upon Lights
You Are Gold And Even More Priceless
You Are The Light Of Hearts


O My Beloved, O Muhammad
O Star Of East And West
O Star Of East And West
O Leader Of Both Qiblats


Whoever Sees Your Face, Gets Happiness
O The Kind One To Both Parents
Your Clear And Cool Fountain
Is Our Goal On The Day Of Reckoning


The Knower Of The Secret And Even More Hidden
One Who Accepts Supplications
O Lord Forgive Us All
For The Sake Of All The Good Deeds




Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2013/01/bacaan-selawat-nabi-dalam-rumi.html#ixzz2qHs9abXr

Tapi kan bukan time Maulid Nabi ja nak igt Nabi. Sentiasalah kita ingat kat baginda seperti mana kita ingat kat Allah S.W.T. Banyak cara boleh kita buat nak ingat kat Nabi neh. Pertama, selawat. Senang ja selawat neh. Tak susah pon. Bukan panjang pon. Bila kita dengar, tulis atau sebut nama Nabi Muhammad S.A.Wganti namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW, so kita selawat lah. Banyak khafiat selawat neh.


«مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ»

“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]


Cara kedua plak nak ingat nabi ialah amalkan sunnah baginda S.A.W. Banyak sunnah nabi yang boleh kita ikut dan amalkan. Ni aku kongsikan sunnah nabi yang aku dapat dari kawan aku.

Seratus Sunnah Nabi Dalam Kehidupan Seharian
1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat
11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23-Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28-Sembahyang Istikharah
29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38-Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53-Berkumur Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66-Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68-Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90-Bersedakah Jariah
91- Membina Masjid
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94-Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit

Semoga dengan ilmu yang aku kongsikan ni dapat bawa diri kita kepada kebaikan dan keredaan Allah S.W.T. InsyaAllah :) ok lah. sampai sini dulu. Bye. Salam Maulidur Rasul 2014 :D

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

  1. Assalamualaikum, salam Maulidur Rasul 1435H. Singgah dan follow di sini juga. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.

    ReplyDelete