Assalamualaikum W.B.T...

Main actor? Hmmm agak lah. Ok ni first time aku berlakon. Siapa yang dulu kenal aku memang taw lah aku macam mana dulu. Pemalu. Thats the word. Tapi tu dulu lah. Sekarang aku dah kurang dah sikap tu tapi bukan tak dak terus nah. Sikap malu ni penting taw tak. Tapi jangan lah terlalu malu. Orang dulu kata "Malu bertanya sesat jalan". So, insyaAllah, I'm changing to be a better person. Who knows maybe I day will be a great person insyaAllah. :)

Time aku berlakon ni dalam minggu paling sibuk pernah aku alami dekat KMKN. Mau tak nya. Minggu tu lah kena prepare untuk pertandingan Pencipta 13 kat KLCC. Minggu tu jgk dok prepare untuk Talk Show BI. Minggu tu jgk lah kena berlakon and graduasi. Sibuk tarak dah. Tapi berjaya jgk lepas semua tu. Ok lah. Ni video batch aku. Video memori aku dan kawan-2 dekat KMKN. :)










Assalamualaikum W.B.T dan selamat pagi semua :)

Mulakan hari anda dengan senyuman sepanjang masa. Senyum tak perlu kata apa2. :) Okay. Hari ni aku nak berceloteh ckit pasal holiday trip aku pada tahun 2013 ni. Tahun lepas 2012 dah pergi negara Panda, China. Tahun 2013 ni kita pergi negara Gajah plak. Taw dak negara Gajah negara apa?? Jawapannya ialah jeng jeng jeng.... THAILAND! :D tapi selalu orang Kedah kata pi Siam. Kalau tahun lepas aku pergi dgn family aku ja. Tapi tahun ni pergi dgn family belah mak aku. Senang cerita buat Family Gathering 4 hari 3 malam kat Siam lah. Konvoi 5 bijik kereta iaitu family aku, family mak teh, family pakcik, family mak lang dan family kawan mak aku. Yang sedihnya bukan semua family yang dapat pergi. Tapi nak buat mcm mana kan. Semua sibuk dengan urusan masing2. Sepupu aku kebanyakannya dok tgh smbung belajar dan tak cuti. so, depa tak boleh nak join lah. Jangan sedih wahai sepupu2 ku. Tahun depan kalau ada rezeki kita buat lagi :)

Kami bertolak pukul 7.00 pagi dan berkumpul dekat stesen minyak Petronas kat Changloon, Kedah. Elok semua dah ada, kami pon pi tukar duit. Masa tu anggaran 10 Bath Thailand = RM 1. Lepas tu bergeraklah ke Bukit Kayu Hitam, sempadan Thailand-Malaysia. Selesai imigresen kastam apa suma then baru boleh masuk dan nampaklah sign board "WELCOME TO THAILAND". :) Then, terus perjalanan. Destinasi pertama kami ---------------> KRABI :)


Pukul 8.00 malam = 9.00 malam Malaysia, kami sampai dekat Krabi. Penat tak terkata lah. 12 perjalanan kot. Tapi aku penat tidur ja lah. hehe :p Bangun lepas tu tidur. Bangun lagi then tidur balik. Macam tu lah berulang. :p Check in dalam hotel, sembahyang bersih diri then apa tunggu lagi. Lompat atas katil lah. haha :p Keesokan harinya, bergerak plak ke Pantai Aonang. Kalau tengok cita Bikers Kental yang Zizan berlakon tu, hampa taw la mcam mana permandangan dia. :)



Then, bertolak naik speedboat. Nak pi melawat pulau2 sekitar Krabi. 5 pulau kami pi. er.. nama tak ingat. Bagi taw pon bukan hampa taw kan. :p Pulau pertama kami diberi masa selama 40 minit untuk mandi. FUHHH!! Pantai dia memang putih dan lembut. Air laut dia warna biru kehijauan. LAWA! 



Pulau kedua kami pergi snorkelling. PERGH! BEST gla. Ikan2 friendly gla. berenang dekat2 dengan kita ja. Kalau phone aku kalis air dah lama aku bawa msuk dalam laut nak tangkap gambar nak tunjuk kat hampa semua. Tapi dah tak boleh nak buat mcam mana kan. Lepas tu pulau ketiga pergi snorkelling jgk. Pulau keempat dikenali sebagai Maya Bay. 


Kat sini ada movie yang pernah buat penggambaran. Tapi aku tak igt lah movie apa.


haaa.. kalau hampa tgok permandangan ni macam pernah nampak tak?













Sampai pulau kelima, kami berhenti makan then bertolak balik ke Tanah Besar. Masa balik tu saja try pi dok kat bahagian depan bot. Mula2 tu best ar kena angin sedap ja. Tiba2 hujan plakkkkkk.... Naya sungguh. Laut bergelora plak. Serupa naik kuda ja lompat lompat. Lepas tu muka kena tembak dengan hujan. Jenuh tahan. haha.. Sampai ke Aonang, kami check in ke hotel kedua plak. Nama hotel tu Heleva. Kecik ja hotel dia tapi bilik lawa. Time sampai tu dah petang so sembahyang rehat apa suma dulu. Dah malam baru keluar balik pergi shopping. Haaa yang ni yang best. Makan malam. Kami makan steamboat buffet. :)


Bayar 185 Bath = RM18.50 lepas tu ambil byk mana pon tak pa. Kenyang baru balik. HEBAT! Restoran steamboat terbaik pernah aku pergi. Macam2 ada. Ayam, daging, sotong, udang, ketam dan byk lagi. Satu tu plak ada byk jenis. Ayam blackpepper lah ayam BBQ lah ayam pedas lah. SEDAP gla! Memang puas ah makan. :D 

Esoknya pula bergerak ke Phuket. Tempat dia lawa. Tapi aku boleh panggil Syurga Maksiat kot. Byk lah maksiat dia. Patotlah kena Tsunami dulu. Tapi lantak lah kat depa kan. Tak dapat hidayah lagi tu. Melawat Phuket Fantasea. Pantai dia cantik tapi bak kata pak teh aku, penuh dengan ikan duyung. Faham2 lah ikan duyung tu apa. Tak perlu terang kot.haha :p Then,  check in ke hotel ketiga, Tanawan Hotel. :) 



Then malam pergi shopping. Benda wajib kot kalau pergi bercuti.haha :p Aku beli headphone Beats dan jersey MU. Headphone tu penat aku bargain dari 1000 Bath jadi 450 Bath tengok2 hilang plak.. Aaaaaa... Geramnya -_- Tapi nak buat cam na kan. Tak dak rezeki. Reda ja lah. 

Tinggal kenangan :'(

Esok hari aku nak balik Malaysia. Tapi sebelum tu singgah dekat Trang dulu. Kita masuk Gua Le Khaokob. Gua paling ekstrem pernah aku masuk tapi best. Bayangkanlah masuk gua naik sampan then dalam gua tu plak kena baring atas sampan tak mau bagi badan kena langit gua. Fuhh! BEST. hahah! Dalam gua tu plak yang tukang dayung tu suruh tanggalkan kasut. "Take off your shoes Abang, Madam, Brother". Kami pon peliklah kenapa nak kena tanggal kasut kan. Dah la kat depan tu gelap. Dok igt depa nak buat benda tak elok lah. Makcik aku dengan pura2 nya buat2 tak boleh bukak kasut. Padahal kasut senghelum ja pakai. Jenuh bertengkar last2 ikut jugak. Rupa2nya depa nak suruh kami baring. Bukan nak buat benda tak elok. hahaha! 




Lepas tu kami singgah Hat Yai sekejap then bertolak balik ke Tanah Airku yang tercinta, Malaysia. Bon Voyage Thailand. Welcome Malaysia :) Sampai rumah tok aku kat Tokai dalam pukul 12 malam. Ok. Tamat sudah trip aku ke Thailand. Overall memang best! Thumbs up :) Nak tengok gambar lagi? Boleh la tgok dekat Facebook aku ==> Muhammad Rifdi Adib atau Instagram aku ==> rayrifdi95 .Waiting for the next trip next year. :)
Sampai sini dulu aku berceloteh. Penat dah karang cita ni. Macam buat karangan BM plak.haha.. Ok. Thanks sbb baca post aku yang panjang berjela ni. Well this is my story and I want to share it with you. :) ok. Bye Assalamualaikum :) 



  




   
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home