Studies In Kolej MARA Kuala Nerang (KMKN) :)

Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera semua.

Hari ni rasanya nak buat post special ckit untuk bakal2 pelajar Kolej MARA Kuala Nerang nih. Atau pendeknya panggil KMKN. Sebab apa? Sebab aku rasa maklumat pasal KMKN ni sikit ja. Tak banyak sgt. Website dia yang ada pon sekarang dalam proses baik pulih sebab kena godam. (Tak tau lah depa nak godam apa kan). So, tak banyak sgt information gitu. So, sekarang aku as senior setahun (senior lah sgt kan.haha) nak cita ckit pasal KMKN. Aku ni Batch FSc Aust/New Zealand 2013. :)


Ok, first Programs Offered :-

Kat KMKN ni ada 3 main program. Tapi tak tau lah kalau tahun ni berubah kan.
First, Skim Pelajar Cemerlang (SPC) 
Program ni foundation bawah pinjaman MARA. Program ni Program Oversea. Program ni pula terbahagi kepada dua jenis iaitu SPC Aust/NZ dan SPC Julai.

  1. SPC Aust/NZ ni ialah program Fast Trek : Twinning dengan UniKL-Australia/NZ untuk Engineering. Program ni untuk bekas pelajar MRSM yang apply program ni guna result Trial MARA. Selalunya akan masuk study sebelum result SPM keluar lagi iaitu pada bulan Februari. Macam aku dulu masuk pada 3 Februari 2013. :) Foundation setahun saja di KMKN then sambung First Year Degree at UniKL setahun then fly ke Australia / New Zealand. 
  2. SPC Julai plak ialah program lepasan SPM untuk semua pelajar tak kira SBP, MRSM atau pelajar harian. Dalam SPC Julai neh plak ada 4 program iaitu FSc UK ( Twinning dengan UniKL-UK untuk Engineering), FSc VINAYAKA (Twinning dengan UniKL-Vinayaka untuk Medic), FSc RCMP (UniKL untuk Farmasi and Medic) dan satu lagi program baru ada tahun lepas iaitu FSc Business (Twinning dengan UniKL-Australia/NZ). Suma program ni masuk pada bulan Julai iaitu selepas result SPM kluar. Sebab terlalu byk program dalam ni so kami panggil SPC Julai / SPC FBURV.
Subjects :-
  • Engineering - Physics, Chemistry, Mathematics, English, Introduction to Computer, Critical Thinking, Islamic Studies
  • Medic / Farmasi - Biology, Chemistry, Mathematics, English, Introduction to Computer, Critical Thinking 
  • Business : Mathematics, English, Introduction to Computer, Critical Thinking, Ekonomi
So, basically semua program ni akan buat Foundation setahun kat KMKN. Then, semua akan sambung ke UniKL. Tapi UniKL yang mana bergantung kepada program masing2. Macam aku FSc Aust/NZ so UniKL yang bakal disambung sama ada UniKL MFI, UniKL MICET dan UniKL BMI. And lagi satu program SPC ni lah paling kurang bilangan pelajar dalam seratus lebih kalau tak silap aku. 

Second, Skim Pelajar Terbuka (SPT) 
- program foundation bawah pinjaman MARA jugak. Tapi program yang Program Local tapi boleh ja apply untuk fly kalau result elok. Subjects sama ja dengan SPC. Program ni masuk pada bulan Mei. Sama jugak macam SPC, lepas habis setahun foundation kat KMKN akan sambung kat UniKL. Tapi pilihan UniKL untuk SPT lagi luas daripada SPC. Bilangan pelajar dalam 200 lebih.

Third, Matrikulasi KPM
- Ni program Matriks KPM untuk bidang Accountacy sahaja. Masuk KMKN pada bulan Jun kalau tak silap. Bilangan pelajar dalam 200 lebih jugak. 

Accommodation dan semua lah

Ok cakap pasal asrama, makan and semua cara hidup kat KMKN ni macam kat  asrama sekolah menengah dulu. Macam aku dulu MRSM so terasa sangat macam MRSM. Bukan terasa dah memang macam MRSM lah senang cita. Dari asrama, dewan makan dan lain2 lagi.haha. Asrama ada 5 blok. 3 blok putera - Blok Ikhlas, Iltizam dan Iman dan 2 blok puteri - Blok Insaniah dan Ikhsan. Selalunya program SPC putera akan ditempatkan kat blok Ikhlas. Untuk blok Ikhlas, Iman dan Ikhsan, satu bilik 2 orang. Blok Iltizam dan Insaniah plak satu bilik 4 orang sebab blok baru. Bilik boleh tahan selesa lah. Wifi disediakan di PPKK dan PSP. Tapi dengar cita nak buat wifi satu kolej. Tak taw lah bila nak buat tu. Wallahualam..

Lepas tu cakap pasal makan. Jangan risau makanan disediakan oleh MARA dekat Dewan Selera Sri Nerang. 5 kali sehari - breakfast, minum pagi, lunch, dinner and supper. Sebab tu elaun kat KMKN ni sebulan RM100 ja. huhu.. Makanan dia suma sedap2. :) Tapi kalau tak kenyang boleh ja order. Kedai D'Bagus nama dia. Memang bagus sungguh. Nasi dia besar2 semua. Puas makan. :) No fon nanti minta kat senior2 kt KMKN tu. Kedai tu akan hantar order dua sesi - petang pukul 7 dan malam pukul 1.

Padang lengkap semua ada. Gelanggang futsal ada, bola jaring ada, tenis ada, ping pong ada, badminton ada, rugbi ada, basketball ada, sepak takraw ada dan macam2 lagi lah. Tak larat nak taip lagi. Tapi kadang2 tak cukup jgk semua tu sebab pelajar terlalu ramai. Selalunya gelanggang futsal lah yang jadi rebutan pelajar sebab ada dua ja. Tapi pihak pentadbiran kata nak tambah lagi dua gelanggang untuk futsal. Harap2 jadi betoi lah.


Ok seterusnya waktu akademik. Kelas dari Ahad sampai Khamis. Jumaat Sabtu cuti sebab Kedah cuti Jumaat Sabtu. Start kelas pukul 8 pagi sampai 2.30 petang. Rehat pukul 11.00 sampai pukul 11.30 pagi. Kecuali hari Ahad dan Khamis. Ahad start kelas pukul 8.15 pagi - 2.45 petang. Khamis 8.15 pagi - 1.45 petang. Rehat 11.15 - 11.45 pagi.

Pakaian bagi lelaki waktu akademik baju kemeja dengan seluar slack, tie dan kasut hitam. Perempuan baju kurung, tudung dan kasut hitam.Except for non-Muslim tak payah la tudung. Lecturers suma baik2. Kat KMKN, kami still panggil lecturers sebagai cikgu. Lecturers suma caring gila. Sebab tu aku kata macam kat sekolah. Kalau kat U nanti jangan harap nak ada macam ni. haha.. Koperasi atau Koop ada. Koop kat KMKN ni macam kedai runcit sebab boleh dikatakan macam2 ada.

Pasal outing plak. Outing boleh setiap hari tapi gilir lelaki dan perempuan. Contoh, Ahad lelaki, Isnin perempuan, Selasa lelaki, Rabu perempuan dan seterusnya. Start dari lepas balik kelas sampai pukul 7 kalau tak silap. Selalunya kalau outing harian tu pergi outing sekitar pekan Kuala Nerang ja sebab masa yang tak cukup. Kat Kuala Nerang tak dak mall yang macam hampa inginkan. Ada mini market, kedai runcit, bank ja. Tapi kat situ ada KFC. :) So, kalau nak outing jauh boleh outing hari weekend. Kalau nak outing bandar Alor Setar atau orang Kedah kata Loqstaq, bas sampai Pekan Rabu dalam RM3.50 dan teksi dalam RM30. Kalau sampai Shahab Perdana (stesen bas), bas dalam RM4.50. Masa lebih kurang sejam naik bas and teksi tak sampai sejam. Kalau outing Jitra pon lebih kurang macam pergi Alor Setar ja. Owh hampir terlupa. Pakaian outing untuk lelaki casual ja. Setakat pakai seluar jeans biasa ja. Tapi kena berkasut tutup ok. Perempuan aku tak taw macam mana. Dok perhati nampak pakai baju kurung atau jubah ja. Ok ni beberapa pics kat KMKN yang aku nak tunjuk. :)




















emm apa lagi hampa nak taw? emm ratio lelaki perempuan dalam 3 : 1 sebab kebanyakannya course engineering. So, lelaki lah paling ramai. :) Ok sampai sini ja kot. ow btw, kat KMKN ni lah aku start jual topup. Agen topup la katakan. haha.. Untung memang untung ar dah setiap hari orang cari aku nak minta topup. Tapi jual topup ni relax ja x payah fokus sangat. Aku pon buat part time ja. And yang penting orang akan cari kita bukan kita yang kena cari orang. :) Last sekali, kalau rasa post ni bermanfaat kepada orang lain boleh la share. :)  Ok, Bye Assalamualaikum :)
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

74 comments:

  1. Student KMKN tahun nie ke???

    ReplyDelete
  2. mcm mne klu nk tgk tv??

    ReplyDelete
  3. setiap aras dekat asrama ada tv. tapi kalau astro ada kt PPKK Pusat Pentadbiran Kolej Kediaman

    ReplyDelete
  4. Mcm mana nk mohon loan mara tuk spt?? Mcm mana pmbyrn blk loan mara??

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak mohon loan mara, kena isi borang pinjaman MARA yg boleh didapati di pejabat MARA. Pembayaran bergantung kepada syarat yg ditetapkan untuk program tu.

      Delete
  5. saya dapat offer dari KMKN dlm engineering. err mcm mana ekk kalau saya pun nak apply oversea jugak lepas pergi unikl nanti? saya bukan budak sbp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh minta maaf. Saya tak tahu. yg tu kena check balik dkt unikl.

      Delete
  6. maaf. pembetulan untuk statement di atas. saya bukan budak mrsm, tapi budak sbp.

    ReplyDelete
  7. adakah saya berpeluang untuk memohon program MARA JPA ke luar negara sekiranya saya tamat pengajian di FIST UniKL dan skor dalam peperiksaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila awak msuk fist unikl, awak msuk bwh program MARA. Dan ada peluang untuk fly. Tapi kena skor dalam exam dan pass syarat2 tertentu di unikl baru layak untuk memohon.

      Delete
  8. Mei nnt insyaallah saya ke sana untuk fist aliran kejuruteraan. Lps 1 thn 2 bln apa perlu sy buat? Atau mohon? Sy betu-betul tak tau. Sorry soalan noob.

    ReplyDelete
    Replies
    1. just follow the flow of the program. lepas 1 tahun 2 bulan di KMKN, anda akan mohon untuk sambung degree di mana-mana uniKL mengikut minat anda. jangan risau pasal permohonan ni sbb nnti di KMKN akan diterangkan dengan lebih lanjut oleh program coordinator.

      Delete
  9. salam..nak tanya.. saya dpt FIST Science yg ada tawarkan bachelor di RCMP,
    let say lah result pointer tggi, boleh ke saya tak smbung degree farmasi di RCMP tp saya nk fly ke oversea farmasi? boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh sebab kena ikut flow program tu. masuk KMKN 1 tahun 2 bulan and then uniKL baru boleh minta nk fly kalau pointer bagus.

      Delete
  10. salam..nak tanya,, saya dengar Foundation Science di Kuala Nerang untuk progrem Farmasi Dalam Negara ni sudah berada di bawah SPC/Biasiswa. soalan saya, adakah sebelum masuk Foundation Science bwh SPC Ijazah Farmasi Dalam Negara ni ada interview ataupun tidak?

    ReplyDelete
  11. salam .. saya nak tanya pasal baju kemeja.... adakah kemeja x boleh bercorak...
    seriously saya cari kat semua tempat baju saiz x da kot...mohon pertolongan
    thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat corak ckit2 tu boleh ja. peraturan buku kata x boleh tapi sebenarnya boleh ja pakai

      Delete
    2. pasal baju tuh .. memang sentiasa pakai long sleeve ke or short sleeve pon boleh pakai??
      necktie memang perlu ekk??... and pasal kasut .. kat sana kena pakai kasut kulit ke???

      sori soalan pelik ... mohon pertolongan ...thanks :)

      Delete
    3. Long sleeves. Necktie mmg wajib. Ikut peraturan kasut mmg kna kasut kulit. Tapi selalu x kisah sgt

      Delete
    4. kasut memang hitam ke

      Delete
  12. bkan ke di KMKN ad 3 kategori, first, FIST(engineering), second FIST( medic) , third MATRIKULASI..?
    SPC/SPT ni apa pulak?

    ReplyDelete
  13. pasal seluar slack tu...boleh pakai jenis cotton atau yg licin sahaja???

    ReplyDelete
  14. assalam... nak tnye stakat ni ade x budak SPT yg fly??? kalau ade, ramai x???

    ReplyDelete
  15. Salam admin.. Baju kemeja yg belang2 bleh x pakai time blajar.. Ke kena yg totally kosong?

    ReplyDelete
  16. salam admin..pengagihan bilik dan kolej kediaman adalah bebas mengikut diri kita ataupun mereka tempatkan randomly??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. Minta maaf lambat. Akan dilakukan secara randomly. X boleh pilih sendiri

      Delete
  17. Hi.. I'm studying in NZ... My programme was Fsc Aus/NZ.. Ok.. Meh sy tolong jwb soalan satu per satu ok :-) Start dri soalan Badrol amin Lutfi.. Dkt kmkn mmg ade program yg disebutkan tu.. tapi org dh xpanggil fist.. fist (foundation science technology) brtukar kpd fsc (foundation science) shj.. SPC ni adlh program bawah MARA utk ke oversea.. progrm ni ade 2 siri.. 1--> Fsc Aus/NZ (usually msuk dlm bulan 2 n tamat bulan 11) and siri 2--> Fsc UK/RCMP/Vinayaka (depa ni yg ke UK course engineering n ke Rcmp/Vinayaka ni budak medik, masuk pd pertengahan bulan 5). Program seterusnya ialah Fsc spt iaitu student yg buat preparation selama 1 thn 2 bln di kmkn n masuk unikl utk smbung degree.. program ketiga ialah matriculation, diorang masuk ke kmkn melalui sistem upu.. utk Fsc Aust/NZ diorg msuk kmkn awal bulan kerana mengikut result trial MARA.. and yg Fsc UK,Rcmp,Vinayaka dan Fsc SPT dan juga matriculation ikut result spm.. tapi risiko progrm Fsc Aust ni, klau xdpt spm straight a's, xboleh sambung program oversea dan sia2 lah masuk awal ke kmkn ni... soalan syahmi faiz berkenaan ade tak bdk spt yg fly.. ok sy thu time sy di kmkn dlu, ade seorang budak spt yg dpt fly sebab mengisi kekosongan program oversea ke UK.. TETAPI,,,, beliau mendapat result yg cemerlang (pointer dia 3.95 ke ats tak silap sy) and melaui interview.. Ok yg pasal baju2 n seluar2 tu, hampa pakai ja apa hampa suka (kemeja, slack n bju kurung) sebab there's no too much restrictions in kmkn :-) Soalan org atas sy ni pulak, memang pihak kolej yg tempatkan students.. mengikut course dan bukan randomly campur2 program.. (boleh usulkn kt kolej sruh campur2 progrm sebab barulah kita kenal dgn budak prgrm lain)... Ok.. good luck to all :-)

    ReplyDelete
  18. Memang sikit ke prempuan?

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum...saya nk tnye utk program FIST RCMP,utk study ade nk gne laptop x? ke bljar based on reference book je? ke mcm mne? trima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penggunaan laptop adalah optional. Lecturer selalunya akan ajar guna slide dan reference book. So tanya lah lecturer nnti reference apa yg dia guna..

      Delete
  20. Sya nk tnye pljar prmpuan dkt kmkn mmg smuanye pkai tdung yg x bcorak ke?ade ape ape tindakan disiplin yg dikenankan x knape plajar yg enggan berbuat dmikian?trima kasih

    ReplyDelete
  21. Adakah mesin atm disediakan di kmkn?jika ada mesin atm apekah itu?dan adakah vending machine turut disediakan?tq

    ReplyDelete
  22. macam mana nak apply program kat kuala nerang ni?

    ReplyDelete
  23. rindunya kmkn :')
    akak batch spc unikl vinayaka 2011

    ReplyDelete
  24. salam. abang. saya nak tanya. abang kan ex mrsm. memang keputusan utk fist aus n.z keluar lewat ke? i mean, after madpp and kktm punya result, baru la result.fist aus nz ni keluar.? sory. saya btch spm 2014, still tunggu result. so sbb tu sy tanya. tolong saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Haah mmg lambat sikit. Dalam masa terdekat ni akan dpt insyaAllah. Sabar ya 😄

      Delete
  25. Salam . boleh ke kalau umur 21 nak apply kmkn ni guna result spm ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. Saya rasa tak boleh sbb spnjg setahun saya dkt kmkn x pernah lgi la jumpa umur 21. Semua umur 18 tahun baru lepas habis spm.

      Delete
  26. Assalamualaikum,sy batch fsc aus 2014, nak tanye,,result untuk tahu unikl mane yg kite akan dapat bile keluar??bile daftar mase batch korang dulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam.. macam kami dulu dapat tahu result unikl mana dpt masa bulan 12 2013. daftar hujung bulan 1 2014.

      Delete
    2. Yeke??aku baru dapat tahu result untuk sem 2,,unikl mane yg akan daftar belom tahu lagi,,elaun korang berapa?

      Delete
    3. Satu lagi,kau unikl mane dulu?kos ape?

      Delete
    4. Elaun rm700 sebulan. Unikl MFI course mechanical engineering

      Delete
    5. Oo,aku pm mintak mfi gak,,harap2 dapat

      Delete
  27. Hello. Thanks for the info. Im from tgb, and akan masuk KMKN bulan 2 ni. Satu je soalan! You ckp study period yang 8-2.30 tu memang fully packed ke mcm mana? Or do you have classes at certain time within that period only?

    ReplyDelete
    Replies
    1. fully packed dari pukul 8 smpai pkul 2.30 tu. senang kata macam kt sekolah lah jadual dia. bukan mcam universiti contoh pkul 9 smpai 10.30 ada kelas lepas tu pukul 1 plak ada. tak bukan mcam tu. kelas direct ja dri pukul 8 smpai 2.30

      Delete
  28. Salam. Memang wajib pakai kasut hitam ke? Yang pakai kat mrsm tu ke?

    ReplyDelete
  29. Salam.. mmg kalau spm x straight a's x boleh fly ke? Even we score well time foundation and pass all the qualification. Im asking for aus/nz tu under engineering

    ReplyDelete
  30. Salam. Nak tanya sikit. Kalau pelajar sekolah harian yang takdapat straight A's masa spm, tapi masih dapat apply ke kmkn (belum tahu keputusan permohonan), memang kena apply untuk ke untuk study overseas? Pihak mara memang tak tawarkan ke untuk pelajar yang diterima masuk untuk bulan mei? And pelajar yang diterima masuk untuk bulan mei hanya pelajar spt je ke? Terima kasih.

    ReplyDelete
  31. Salam. Spc tu untuk pelajar straight A je ke?

    ReplyDelete
  32. salam, saya dpt tawaran utk ke unikl utk prog FIST guna result spm . adakah saya berpeluang utk ke oversea utk degree?

    ReplyDelete
  33. salam, macam mane nk apply spc fburv?

    ReplyDelete
  34. assalam..nak tanyer pasal pembiayaan..pinjaman mara tu berapa jumlahnya utk 1th 2bln

    ReplyDelete
  35. Salam nk tanya. Saya nk mintak pndapat bleh? Saya dpt tawaran FIST di kmkn ntok may intake. Mana lebih bgus perlu saya tunggu ipta ke amik tawaran ni?

    ReplyDelete
  36. Salam nak tanye, mcam mane jadual harian pelajar? Pack ke? Ade prep? Sume wajib pegi? Or plajar bebas nak blajar ikut kemahuan, mcam mane dgan solat, sume wajib pergi surau? Waktu pelajar dduk asrama bila? Ketat tak rule dkat sane? Waktu bila pelajar bebas buat aktiviti?, trima kasih....

    ReplyDelete
  37. Salam nak tanye, mcam mane jadual harian pelajar? Pack ke? Ade prep? Sume wajib pegi? Or plajar bebas nak blajar ikut kemahuan, mcam mane dgan solat, sume wajib pergi surau? Waktu pelajar dduk asrama bila? Ketat tak rule dkat sane? Waktu bila pelajar bebas buat aktiviti?, trima kasih....

    ReplyDelete
  38. pengsan cikgu dengar soalan kamu ismail hafiz... nak belajar ke tak ni?

    ReplyDelete
  39. Bang kalau dapat offer FIST, ada can tak nak smbung uk or aussie/new zealand?

    ReplyDelete
  40. shafika ilyanaMay 09, 2015 4:02 am

    Nak tanya ni,,dkat kmkn adakah pelajar prempuan hanya dwajibkan utk mmakai tdung yg plain shaja? Lgi stu,,adakah cadar dan bantal wajib dbawa skali sperti yg d'tlis dlam snarai brang yg prlu d'bawa??coz sya nk dptkan kpastian yg sahih drpd senior2 kmkn sblum p bli brg2,,bleh tlong jlaskan,,?

    ReplyDelete
  41. Abg , klau plajar SPT FSc. dapat result gempak boleh xsambung Unikl RCMP utk MBBS ?

    ReplyDelete
  42. Nak tanye unikl tu kan ipts? So kiranye pakai duit lah banyak tak nak pakai duit?. Then kalau amik FSc utk medik tu apa flow dia? Lepas habis kmkn.

    ReplyDelete
  43. hi nak tanya. toilet kat dorm tu macam mana? dalam setiap bilik ada toilet ke atau setiap tingkat? biasa berebut tak nak masuk toilet? (sorry tak pernah sekolah asrama thats why soalan noob sangat :p)

    ReplyDelete
    Replies
    1. toilet ada setiap tingkap. kena beratur kalau nak guna toilet. tapi usually time peak hours kena berebut tu. masa-masa yang lain ok ja.

      Delete
  44. Asrama dia boleh bawak cadar sendiri or mmg kene pakai cadar dia mcm kat mrsm

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bawak cadar sendiri. masa duduk situ takde la pulak cadar kmkn. tapi tak tahu lah sekarang macam mana dah berubah ke tak.

      Delete
  45. Nak tanya, klau line digi dan celcon..yg mna better kt situ?? Klau maxis mmg x bleh lah kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu guna celcom and ok ja. Tapi tu 4 tahun yang lepas lah. Skrg tak taw lah dah improve ke tak line kt situ

      Delete
  46. Dulu guna celcom and ok ja. Tapi tu 4 tahun yang lepas lah. Skrg tak tahu lah dah improve ke tak line kt situ

    ReplyDelete
  47. assalamualaikum. saye nak tanye beberapa soalan. saye dapat twrn FIST(engineering) dkt kmkn. lepas habis FIST, hanya unikl shj ke yg boleh saye further study dlm degree? sebab saye nk pursue ke aviation di Unikl MIAT. and saye nk tanye pendapat, if saye dpt twrn ke matrik or asasi ipta n Fist, which one i should choose?

    ReplyDelete
  48. Hmm padu ah dib. Ada blog sendiri. Woot woot.. Senior idola ni ��

    ReplyDelete
  49. Hmm.. Dgr dgr skrg ada program pre-utp utk course engineering. Boleh jelaskan program tu mcm mana tk. Dan program tu ada tk hntr pljr ke overseas??

    ReplyDelete
  50. Result spm kurang baik boleh ke dpt

    ReplyDelete
  51. kena solat kat surau ke setiap masuk waktu?

    ReplyDelete