Assalamualaikum, hai semua 😄

Terlalu lama dah tinggal kan blog ni sampai lama sangat tak update 😅 anyway macam post title ni, aku baru ja selesai tahun pertama as a student of Bachelor of Mechanical Engineering di Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI), Bangi, Selangor. Faktor kesibukan dan tiada masa dicampur malas menyebabkan aku tak sempat nak post bnda baru. Biasa la dah jadi budak U kot. Budak degree. Engineering plak tu. Susah la jgk.

Post sebelum ni aku ada cakap yg aku pelajar Fsc Australia / New Zealand batch yg ke-5 kat KMKN masa tahun 2013. So kira setahun la aku post nothing 😅 Ikut flow program SPC ni, lepas habis foundation di KMKN so aku kena daftar masuk UniKL. UniKL ni ialah IPTS di bawah kendalian MARA. Tahu tak IPTS tu apa? Stands for Institut Pengajian Tinggi Swasta. Satu lgi IPTA for Institut Pengajian Tinggi Awam mcm USM, UKM, UniMAP dan lain-lain. Yang ada Malaysia dlm nama tu kebanyakannya IPTA lah.

Ok lepas KMKN, aku minta course Mechanical Engineering. Untuk kami pelajar TDP Aust / NZ ni, kami kena pilih antara 3 buah UniKL ja. UniKL ni ada berbelas cawangan. 3 buah UniKL tu ialah MFI, MICET dan BMI. Ramai junior aku yg sama program dgn aku tnya lps KMKN nk masuk UniKL mana? So untuk aku yang apply mechanical engineering ni kena ditempatkan kt MFI sbb MFI mmg khas untuk course2 yg berkaitan mechanical engineering. MICET khas untuk course2 berkaitan chemical engineering dan BMI plak untk course2 berkaitan electrical and electronic engineering.

Program aku ada 59 orang ja masa kt KMKN. So bla dah masuk UniKL, kami semua terpaksa berpecah. 29 org dripada 59 tu masuk MFI termasuk lah aku. 😁 Aku daftar kt MFI hujung bulan Januari. Masa first sampai tu aku tak sangka yang MFI tu universiti sbb bangunan semua mcm kt kolej ja. Tak nampak mcm universiti pon 😅 Settle daftar apa semua then bermula minggu silaturahim aka orientasi dkt situ 😳 Minggu ni paling aku nyampah sbb kami dilayan mcm budak sekolah. Dah la kena bangun malam kena denda haih menyirap jgk aku 😤 haha tapi takpa lepas minggu tu semua kembali mcm biasa.

Dari dulu lgi aku dok impikan nak mengaji jauh dari Kedah tmpat tinggalku tapi tak pernah dpt. Ya lah sekolah rendah dekat Kedah, sekolah menengah kt Kedah, KMKN pon kt Kedah 😩😩 So bila dapat msuk MFI ni terasa best sangat. Satu sbb dok U rasa bebas sgt. Dua sbb dok dkt Selangor dekat2 KL plak tu. Senang nak berjalan pi mall ka apa ka. Kalau nak pi Putraya dlm 10 minit boleh sampai sbb dekat sgt. Haha 😂 Dekat sekeliling MFI ni makan pon boleh tahan murah la kalau nk banding tempat lain. Sbb kawasan student kan. Lagi pon MFI ni jiran dgn KPTM Bangi ja. So ramai sgt student kat situ. Burger Abang Burn pon ada situ 😙

Nak cakap pasal study, ok degree memang boleh tahan susah. Course engineering plak memang beruban jgk rambut aku. Haha 😅 Tapi lecturer semua baik2 la. First sem alhamdulillah lepas GPA 3.5. Sem 2 pon sama alhamdulillah lepas. So, sekarang ni aku tengah cuti buat persiapan untuk fly ke New Zealand. Cuti 3 bulan der lama der. 😎 InsyaAllah kalau semua berjalan lancar mcm dirancang, tahun ni aku dpt tunaikan azam aku dri kecik iaitu belajar kt oversea aminn. Doakan aku semoga dipermudahkan urusan 😄

Ok setakat sini saja kot untuk kali ni. Berjela tulis tu lah sbb setahun tak post haha 😂 ok bye Assalamualaikum.
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home